SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 4, 2016

Yang paling sulit untuk di ubati dan di perbaiki.

Uwais al-Qarni merupakan sosok pemuka ahli ibadah generasi pertama tabi'in.  Beliau sebagai pribadi yang zuhud yang pernah di wasiatkan oleh Rasulullah shalallahu alaihi wasallam.
Pada suatu ketika, Haram bin Hayyan berkata kepada Uwais, "Berilah aku wasiat!".  Uwais menjawab,
"Alasilah tidurmu dengan kematian. Jadikanlah kematian itu di hadapan kedua matamu.  Jika engkau bangun, berdoalah kepada Allah agar memperbaiki hati dan niatmu.  Kerana tidak ada sesuatu yang paling sulit untuk diubati dan di perbaiki selain hati dan niat.  Sertakan lah niat dan hati bersamamu jika ia mundur.  Dan mundur kanlah niatmu jika ia terlalu maju.  Janganlah engkau memandang kecilnya sebuah dosa.  Akan tetapi lihatlah kebesaran Dzat yang sedang engkau durhakai dan maksiati."
Kutipan dari "Sirah Tabi'in" di susun oleh Abu 'Abdillah Al-Watesi.

No comments:

Post a Comment