SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

March 25, 2013

Beberapa Muadzin Rasulullah shallallahu alaihiwassalam

Muadzin Rasulullah shallallahu alaihiwassalam berjumlah empat orang, dua orang diantaranya di Madinah iaitu Bilal bin Rabah, orang yang pertama yang mengumandangkan adzan untuk Rasulullah shallallahu alaihiwassalam dan Amar bin Ummi Maktum Al-Qurasyi Al-Amir.

Satu lagi di Quba', adalah Sa'ad Al-Qurzh, seorang mantan budak Ammar bin Yasir. Sedangkan yang lain lagi, di Makkah iaitu Abu Mahdzurah yang bernama asli Aus bin Mughirah Al-Jahmi.

Dulu Abu Mahdzur dalam adzannya biasa melakukan tarji' (mengucapkan kalimat syahadat 4 kali), dan melakukan tatsiniyah (mengucapkan dua kali-dua kali) dalam iqamahnya. Sedangkan Bilal, tidak melakukan tarji' dalam adzannya, dan tatsiniyah dalam iqamahnya.

Imam Asy-Syaf'i dan penduduk Makkah mengikuti adzan Abu Mahdzurah dan iqamah Bilal.

Sedangkan Abu Hanifah dan penduduk Irak mengambil adzan Bilal dan iqamah Abu Mahdzurah. Sementara Imam Ahmad dan para ahli hadits mengikut adzan Bilal dan iqamahnya.
Petikan ringkas dari Zadul Ma'ad Jilid 1, Ibnu Qayyim.

No comments:

Post a Comment